Monday, November 26, 2012

matang ke tak?

Anda tentunya dewasa dan matang bila

1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang
dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

3. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar
dengan mereka

5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda
fikir boleh dapat
6. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf
dengan rakan sejawat anda yang lain
7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud
anda
8. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya
9. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi
kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu. 
10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam
perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-
benar anda minati

12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa
malu

13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa
sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif
.
14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk
menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna 

15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang
kerananya

16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai
17. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat
tempat yang utama dalam hidup mereka

18. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara
jujur 

19. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa
berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita 

20. Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya
mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur


Credit to Peace of ma mind

0 comments:

 
template by suckmylolly.com // ribbon brushes by Hawksmont Universe